Ikuti Kami:

“Tak Payah Make Up Pun” – Tular Setahun Sekali, Foto Song Jihyo Semasa Muda Ini Kembali Tular

“Tak Payah Make Up Pun” – Tular Setahun Sekali, Foto Song Jihyo Semasa Muda Ini Kembali Tular

Mula aktif sejak berusia awal 20-an, rasanya ramai yang masih mengingati zaman muda Song Ji-hyo.

Baru-baru ini seorang individu di Twitter telah memuat naik tangkapan skrin satu episod lama “Running Man”. Episod yang dimuat naik itu ialah apabila semua ahli dimasukkan ke penjara dan Song Ji-hyo ditangkap atas kesalahan ‘tidak memakai solekan ketika penggambaran’.

Tangkapan skrin ketika pelakon wanita itu kelihatan keliru semasa ditangkap kembali tular dengan kapsyen ‘Wow..’

Sudah pun mencapai 2.2 juta tontonan sejak tiga hari ini, komen netizen,

Gambar Ji-hyo yang ini akan sentiasa popular.

 

Saya faham mengapa internet akan ‘menviralkan’ gambar ini pada setiap tahun.

 

Ini bukan setakat cantik, ini elegan dan menawan.

 

Wajah seperti ini tak perlukan solekan.

 

Gambar ini tak pernah tak cantik setiap kali dilihat.

 

Setiap tahun dia tular dek gambar ini.

Tak pernah tak cantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...