Ikuti Kami:

“Tak Pakai Make-Up Pun Orang Kenal” – Kim Jieun Kongsi Penangan Dek Populariti ‘One Dollar Lawyer’

“Tak Pakai Make-Up Pun Orang Kenal” – Kim Jieun Kongsi Penangan Dek Populariti ‘One Dollar Lawyer’

Baru-baru ini, Kim Ji-eun dan Jo Se-ho telah muncul sebagai tetamu dalam episod terbaru program “Running Man”.

Umum pasti mengetahui bahawa Kim Ji-eun makin dikenali kini dek lakonannya dalam drama seperti “One Dollar Lawyer”.

Ketika penampilannya dalam “Running Man”, Kim Ji-eun berkongsi perubahan dalam hidupnya selepas muncul dalam drama berkenaan. Katanya,

Kini, semua orang mengenali saya walaupun saya keluar tanpa solekan. Sebelum ini, hanya peminat tegar yang kadang-kadang mengenali saya, tetapi kini mereka semua mengenali saya.

kim jieun

Tambah pelakon itu lagi,

Keluarga saya memanggil saya pelakon Kim di rumah, dan ibu saudara saya yang tidak pernah meminta tanda tangan saya sebelum ini, tiba-tiba meminta tandatangan saya sekarang.

Selayaknya Kim Ji-eun popular!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...