Ikuti Kami:

Wajah Dikatakan Mirip Han Sohee, Ryujin ITZY & Seolhyun AOA, Kim Jieun Beri Respon

Wajah Dikatakan Mirip Han Sohee, Ryujin ITZY & Seolhyun AOA, Kim Jieun Beri Respon

Sebut sahaja nama Kim Ji-eun, pasti ramai yang berpendapat bahawa wajah pelakon itu mirip dengan Han So-hee dan Ryu-jin ITZY.

Terbaru, Kim Ji-eun telah terlibat dengan temu bual susulan tamatnya drama “One Dollar Lawyer”, di mana dia berkongsi tentang pelbagai perkara.

Khususnya, pelakon yang sedang meningkat naik itu berkongsi pendapatnya apabila sering dikaitkan dengan Han So-hee, Ryu-jin ITZY dan Seol-hyun AOA dek wajah mereka yang serupa. Kim Ji-eun memberi respon,

Saya gembira mendengarnya. Mereka semua sangat cantik, dan mereka mempunyai aura dan suasana yang tidak boleh saya tiru. Saya sangat bersyukur.

kim jieun

Kemudian, apabila ditanya tentang matlamat utamanya sebagai seorang pelakon, Kim Ji-eun menjawab,

Saya mahu terus menjadi pelakon yang anda semua sentiasa ingin tahu. Saya harap penonton terus tertanya-tanya tentang saya. Saya mahu menjadi seorang pelakon yang peranan seterusnya dan langkah seterusnya akan sentiasa menimbulkan persoalan orang.

Tak sabar nak tunggu drama Kim Ji-eun yang seterusnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...