Ikuti Kami:

“Tak Nak Tengok Dah!” – Peminat Malaysia Kecewa Episod Terbaru ‘Running Man’ Promosi Jenama Diboikot

“Tak Nak Tengok Dah!” – Peminat Malaysia Kecewa Episod Terbaru ‘Running Man’ Promosi Jenama Diboikot

Susah apabila kita meletakkan jangkaan yang tinggi buat selebriti, kerana kadang kala mereka akan mengecewakan kita.

Ahli “Running Man” menerima kecaman peminat terutamanya dari Malaysia apabila melihatkan babak pembukaan dalam episod terbarunya. Dalam babak itu, mereka dilihat mempromosikan air Starbucks dalam kalangan mereka.

Bukan sahaja itu, air minuman jenama tersebut terus dipegang oleh mereka sepanjang rakaman meskipun berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Komen peminat Malaysia,

Mustahil tau Yoo Jae-suk tak tahu current issues. Dia selalu up to date dengan isu semasa. Macam mana… Dia masih lagi promosi Starbucks.. Kim Jong-kook pun selalu tahu isu semasa.

 

Episod kali ini mereka dorang terang-terang tunjuk.

 

Sebagai peminat No 1 ‘Running Man’, saya sangat kecewa.

 

Orang Korea memang tak cakna langsung ke dengan isu ni.

 

Lagi pelik, kejap censored kejap tak.

 

Paling kecewa dengan Yoo Jae-suk sebenarnya.

 

Ada orang layan ‘Running Man’ lagi ke? Dah makin mengarut..

Kecewanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...