Pelakon Kwak Si-yang dah tarik diri daripada drama?
Terbaru, pada 21 Disember, wakil daripada pelakon Kwak Si-yang berkongsi bahawa pelakon itu membuat keputusan untuk mengundur diri daripada drama “The Real Deal has Come!” disebabkan konflik perjadualan selepas rundingan dan perbincangan yang baik dengan pihak produksi.
Sebelum ini, Kwak Si-yang dikatakan bakal membawa watak sebagai Gong Tae-kyung dalam drama terbaru KBS, “The Real Deal Has Come!”. Drama ini mengisahkan tentang pertemuan seorang ibu tunggal, Oh Yeon-doo bersama seorang lelaki bujang, Gong Tae-kyung yang tidak mahu berkahwin. Namun, dek kerana jadualnya berselisih dengan jadual penggambaran dalam filem, “Desperate Pursuit” yang memulakan penggambaran pada 19 Disember. Disebabkan dia tidak mahu jadualnya bercanggah dan memberikan kesukaran kepada pihak produksi, dia membuat keputusan untuk tidak membintangi drama itu.
Takpelah, macam tu lebih baik…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.