Ikuti Kami:

Kwak Siyang, Kwon Soohyun & Kang Mina Sah Sertai Drama Komedi Misteri ‘Minamdang’

Kwak Siyang, Kwon Soohyun & Kang Mina Sah Sertai Drama Komedi Misteri ‘Minamdang’

Nampaknya “Minamdang” telah berkongsi barisan pelakon lain selepas mengumumkan Oh Yeon-seo dan Seo In-guk sebagai teraju utamanya.

Drama komedi misteri ini akan menelusuri kisah Nam Han-joon (Seo In-guk), seorang bekas profiler yang hidup sebagai bomoh kini dan bergabung dengan seorang detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes.

Kwak Si-yang akan membawa watak Gong Soo-chul, iaitu barista di Minamdang pada siang hari dan merupakan detektif jenayah keganasan pada malamnya. Tak seperti penampilan yang kasar dan liar, lelaki itu sangatlah peramah dan comel. Setia dengan Nam Han-joon, ianya akan membawa kepada pelbagai situasi di dalam kisah itu nanti.

minamdang

Kang Mi-na akan berlakon sebagai adik Nam Han-joon iaitu Nam Hye-joon, di mana dia merupakan anggota hebat di National Intelligence Service (NIS). Oleh kerana personalitinya yang bebas dan peramah, dia sangat serius apabila membalas dendam terhadap sesiapa yang kurang ajar ataupun bersikap tidak adil.

Kwon Soo-hyun pula akan menghidupkan watak Cha Do-won iaitu pendakwaraya di Pejabat Pendakwaraya Daerah Barat. Bukan sahaja berasal dari keluarga kaya, lelaki itu tidak mempunyai kekurangan apa-apa, daripada penampilan, akademik dan kemahiran dalam seni serta sukan. Walaupun dikenali sebagai seorang yang berbakat dalam pelbagai benda dan jujur, dia menyorokkan pisau yang tajam di sebalik senyuman manis itu.

“Minamdang” akan memulakan penggambaran tak lama lagi dan ianya bakal menemui penonton pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...