Ikuti Kami:

“Tak Mustahil..” – Banyak Persamaan, Khabar Angin G-Dragon & Kim Goeun Bercinta Tular

“Tak Mustahil..” – Banyak Persamaan, Khabar Angin G-Dragon & Kim Goeun Bercinta Tular

Tiada angin tiada ribut, G-Dragon telah digosipkan bercinta dengan pelakon Kim Go-eun.

Baru-baru ini, khabar angin percintaan antara G-Dragon dan Kim Go-eun telah tular di media sosial China, menyatakan bahawa kedua selebriti itu sedang menjalinkan hubungan istimewa kini.

Khususnya, terdapat banyak gambar mereka yang diambil di tempat yang sama terlalu kerap sehinggakan mustahil ianya hanyalah kebetulan.

kim goeun g-dragon

Sebelum ini, G-Dragon dan Kim Go-eun pernah bergambar bersama di sebuah acara fesyen untuk jenama Chanel, mengejutkan ramai orang dengan interaksi mereka.

Oleh itu, ada yang membuat spekulasi bahawa kedua-dua mereka mula mengenali dari situ dan akhirnya memutuskan untuk bersama.

kim goeun g-dragon

Meskipun terdapat ramai yang mengatakan bahawa dakwaan itu tidak masuk akal, ada juga yang berpendapat,

Mengapa hanya membuat kesimpulan itu serta-merta? Memang benar bahawa mereka mempunyai hubungan melalui ‘Chanel’ dan tidak mustahil untuk mereka tidak bersama-sama.

Bagaimanapun, masih belum ada respon rasmi dari agensi mengenai khabar angin tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...