Digelar sebagai ‘King of K-Pop’, G-Dragon juga merupakan antara selebriti Korea yang mempunyai nilai harta yang lumayan.
Menurut industri hartanah, G-Dragon baru-baru ini telah membeli sebuah unit di bangunan 13 tingkat Wonder Cheongdam, yang terletak di Gangnam-gu, Seoul.
Untuk pengetahuan, unit yang dibeli penyanyi itu mempunyai keluasan lantai sekitar 250 meter persegi dan harga jualannya mencecah dari 15 bilion won (RM54,064,008) hingga 18 bilion won (RM64,876,810). Apa yang lebih menakjubkan, dia juga dilaporkan telah membayar jumlah penuh tanpa menjual pangsapurinya yang sedia ada.
Dengan ini, G-Dragon memiliki tiga pangsapuri mewah kini termasuklah rumahnya di Seong-su dong dengan harga 3.03 bilion won (RM10,920,929) dan sebuah penthouse bernilai 16.4 bilion won (RM59,109,983).
Nilai gabungan tiga rumahnya dianggarkan berjumlah sekitar 56 bilion won (RM201,838,966).
Lain macam punya kaya ni!