Bukan senang kan nak jumpa sahabat sejati yang akan menyokong kita dalam susah dan senang.

Peminat pasti tahu bahawa sebelum ini penyanyi terkenal iaitu G-Dragon, didakwa mengambil dadah dan telah terlibat dalam beberapa siasatan polis. Meskipun pelbagai tuduhan dibuat, lelaki itu terus menafikannya malahan, siasatan awal yang dibuat ke atasnya juga menunjukkan keputusan negatif.
Terbaru pada 16 November, CL 2NE1 telah memuat naik sebuah foto yang ditulis ‘G-Dragon Guardians of Daisy’, sambil memaparkan gambarnya bersama sahabatnya itu.
Khususnya dalam foto tersebut, dia menggunakan bunga daisy yang melambangkan idola itu dan jenamanya Peaceminusone, bagi memberikan sokongan buat G-Dragon yang berhadapan dengan dakwaan ambil dadah.
Dengan ini, peminat semakin terharu melihat hubungan persahabatan mereka dan berharap keadilan akan berpihak kepada yang benar.
Fighting G-Dragon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.