Ikuti Kami:

“Tak Munasabah..” – Park Hyungsik ‘Dibuli’ Wartawan Dek Enggan Tunaikan Satu Permintaan Ini?

“Tak Munasabah..” – Park Hyungsik ‘Dibuli’ Wartawan Dek Enggan Tunaikan Satu Permintaan Ini?

Bukan senang kan untuk kita puaskan hati semua orang..

Terbaru pada 27 Julai, Park Hyung-sik telah menghadiri acara Chanel di Korea Selatan dan disambut oleh ramai wartawan di situ.

Bagaimanapun, sejurus selepas acara itu tamat, terdapat laporan menyatakan bahawa pelakon lelaki itu telah mengendahkan permintaan wartawan, yang memintanya untuk melakukan pose ‘love’.

Menurut laporan,

Wartawan memintanya melakukan pose ‘heart’ tapi Park Hyung-sik berdiri di situ dengan ekspresi ‘kosong’. Kami meminta lagi dengan lebih kuat, menyangka dia tidak mendengar kami. Kami kemudian bertanya lagi dan fikir dia enggan melakukan pose itu kerana dia tidak mahu. Selepas bergambar, Park Hyung-sik memberitahu wartawan bahawa dia tidak melakukan pose itu kerana dia tidak menerima permintaan itu.

park hyungsik

Kemudian, wartawan juga dikatakan turut mengkritik alasan yang diberi Park Hyung-sik dengan berkata,

Kami tidak meminta Park Hyung-sik bergambar kerana kami peminat, kami meminta kesemua 11 selebriti yang menghadiri acara itu untuk bergambar bagi peminat mereka. Alasan Park Hyung-sik untuk tidak melakukan pose itu ketika bergambar adalah terlalu tak munasabah.

Meskipun begitu, ramai yang merasakan bahawa wartawan tersebut membuli Park Hyung-sik kerana hakikatnya, pelakon itu tetap bergambar dengan melakukan pose yang diminta. Tambahan pula, ada selebriti lain yang turut dilihat menolak permintaan wartawan untuk membuat pose berkenaan.

Antara komen yang ditulis di laman komuniti dalam talian,

Adakah dia seorang wartawan atau anti? Apa masalah mereka?

 

Tak salah pun kalau tak buat pose itu.

 

Siapa yang kisah tentang pose ‘heart’? Mengarut.

park hyungsik

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...