Ikuti Kami:

Berpakaian Sekolah, Park Hyungsik & Park Shinhye Sedang Jalani Penggambaran ‘Doctor Slump’

Berpakaian Sekolah, Park Hyungsik & Park Shinhye Sedang Jalani Penggambaran ‘Doctor Slump’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Park Hyung-sik dan Park Shin-hye dalam sebuah drama tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, Park Hyung-sik dan Park Shin-hye bakal menemui penonton dalam drama “Doctor Slump”, yang mengikuti kisah dua watak utama yang berada dalam kemerosotan selepas berhenti kerja sebagai doktor, dan kemudian tinggal di bilik atas bumbung.

Terbaru, kedua pelakon itu dilihat sedang menjalani penggambaran buat drama tersebut sambil mengenakan pakaian sekolah.

Meskipun masing-masing sudah mencecah usia 30-an namun, ramai yang memuji bahawa mereka masih kelihatan sesuai membawa watak budak sekolah.

Dalam drama ini, Park Hyung-sik akan membawa watak sebagai Yeo Jung-woo, seorang pakar bedah plastik peringkat atasan yang kehidupan sempurnanya berubah selepas kemalangan pembedahan. Manakala Park Shin-hye akan berperan sebagai Nam Ha-neul, yang menyedari bahawa di luar jadual kerjayanya yang sibuk di hospital, hidupnya tidak bermakna.

Dalam pada itu, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini adalah Yoon Park dan Gong Sung-ha.

Nantikan “Doctor Slump” dijangka bakal menemui penonton pada separuh kedua 2023 ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...