Ikuti Kami:

Park Hyungsik, Park Shinhye & Ramai Lagi Sah Terajui Drama Komedi Perubatan ‘Doctor Slump’

Park Hyungsik, Park Shinhye & Ramai Lagi Sah Terajui Drama Komedi Perubatan ‘Doctor Slump’

Nampaknya, penonton akan dapat lihat gandingan Park Hyung-sik bersama Park Shin-hye dalam sebuah drama!

Terbaru, JTBC telah mengumumkan barisan pelakon utama untuk drama komedi perubatan berjudul “Doctor Slump” iaitu Park Shin-hye, Park Hyung-sik, Yoon Park dan Gong Sung-ha.

Untuk pengetahuan, “Doctor Slump” mengikuti kisah dua watak utama yang berada dalam kemerosotan selepas berhenti kerja sebagai doktor, dan kemudian tinggal di bilik atas bumbung.

Dalam drama ini, Park Hyung-sik akan membawa watak sebagai Yeo Jung-woo, seorang pakar bedah plastik peringkat atasan yang kehidupan sempurnanya berubah selepas kemalangan pembedahan. Manakala Park Shin-hye akan berperan sebagai Nam Ha-neul, yang menyedari bahawa di luar jadual kerjayanya yang sibuk di hospital, hidupnya tidak bermakna.

jtbc doctor slump

Seterusnya watak Yoon Park sebagai Bin Dae-young dan Gong Sung-ha sebagai Lee Hong-ran akan menjadi rakan sekerja mereka, yang harus mengatasi masa paling gelap dalam hidup mereka dan mencari kebahagiaan yang sebenar.

Bakal memulakan penggambaran tak lama lagi, nantikan “Doctor Slump” yang dijangka bakal menemui penonton pada separuh kedua 2023 ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...