Pejam celik pejam celik, sudah lebih 30 tahun Yoo Jae-suk aktif dalam dunia hiburan.
Terbaru, Kwon Jin-ah telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk, di mana lelaki itu ada berkongsi kesukarannya aktif sebagai pengacara dan penghibur.
Dalam video itu, Kwon Jin-ah bertanya kepada Yoo Jae-suk,
Pernahkah anda menyesal memasuki industri hiburan?
Respon lelaki itu,
Sedikit..ia adalah seperti berperang. Sudah lebih 30 tahun sejak saya debut tetapi ia masih tidak mudah. Amat sukar untuk mengekalkan status quo.
Jelas Yoo Jae-suk lagi,
Saya meraih begitu banyak perkara yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata syukur. Namun sebaliknya, apabila difikirkan semula, saya rasa pasukan produksi dan ahli terlalu menderita.
Semoga terus tabah Yoo Jae-suk..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.