Ikuti Kami:

“Dia Beri Saya Duit Untuk..” – Sehun EXO Dedah Kebaikan Yoo Jaesuk

“Dia Beri Saya Duit Untuk..” – Sehun EXO Dedah Kebaikan Yoo Jaesuk

Bukan sahaja seorang pengacara dan penghibur berbakat malahan, Yoo Jae-suk turut disayangi ramai dek sikapnya yang pemurah.

Baru-baru ini, Se-hun dan Suho EXO telah tampil dalam saluran YouTube “캐릿 Careet” bersama pengacara Kwang-hee.

Dalam siaran itu, Se-hun ada berkongsi bahawa pengacara popular Yoo Jae-suk pernah menawar untuk membelikan televisyen buatnya,

Saya memberitahunya bahawa saya akan berpindah rumah dan dia bertanya ‘Sehun, adakah awak sudah membeli TV?’, dan saya menjawab ‘Tidak, saya belum beli lagi’. Dia berkata ‘Kalau begitu, jangan beli. Saya akan belikan untuk awak’.

Teruja mendengar cerita Se-hun itu, Kwang-hee bertanya,

Betul ke? Jadi, adakah awak sudah dapat TV baru itu?

sehun yoo jaesuk

Respon ahli termuda EXO itu,

Dia belum beli lagi pada waktu itu. Satu hari, kami ada bertemu di tandas dan dia seperti ‘Saya benar-benar akan membeli TV untuk awak. Jangan beli sekarang’. Saya beritahu dia bahawa dia tidak perlu membelikannya untuk saya.

Sambung Se-hun lagi,

Keesokan harinya, dia tidak bawa TV tetapi dia beri saya wang tunai. Saya menyedari apa maksudnya itu jadi saya terus seperti ‘Oh, tolong jangan’. Tetapi dia tetap berkata ‘Tak apa, ambil ini cepat’. Saya terus berkata ‘Terima kasih’.

Patut la ramai sayang Yoo Jae-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...