Rowoon telah mendedahkan sebab mengapa dia memilih untuk keluar dari SF9.
Muncul sebagai tetamu dalam “Jo Hyun-ah’s Friday Night”, Rowoon telah berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya. Termasuk sebab mengapa dia meninggalkan kumpulan SF9 dan memilih untuk berlakon.
Katanya dalam rancangan itu,
Sebenarnya saya banyak berfikir tentang perkara ini dan bila lama-lama tu saya jadi yakin bahawa ini merupakan perkara yang ingin saya lakukan. Saya tahu tentang risiko yang akan saya hadapi namun, kita hidup hanya sekali dan saya tak menyesal dengan keputusan saya.
Tambahnya,
Sekarang ini apa yang saya fikirkan hanyalah untuk bekerja keras dan buktikan pada semua yang saya buat keputusan yang betul.
Sambung pelakon itu lagi,
Saya dah jatuh cinta dengan industri lakonan sejak dari projek drama pertama saya lagi.
Tapi, dalam banyak-banyak drama yang saya lakonkan. Saya paling suka dekat “Extraordinary You”. Mungkin kerana ia drama pertama yang saya jadi watak utama dan saya juga sangat rapat dengan pelakon-pelakon drama tersebut.
Betul juga cakap Rowoon tu kan! Kita kalau boleh kena la buat apa yang hati kita suka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.