Rowoon telah menceritkan kisah disebalik kemunculannya dalam “A Time Called You”.
Pada 25 April, Rowoon telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam “Jo Hyun-ah’s Thursday Night”. Di mana, dia telah berkongsi pengalamannya ketika berlakon sebagai kekasih Ahn Hyo-seop dalam “A Time Called You”.
Katanya,
Sebenarnya Ahn Hyo-seop yang minta saya untuk membuat kemunculan istimewa sebagai pasangan kekasih dia. Tapi jangan risau kerana dalam drama itu kami hanya berpegangan tangan sahaja.
Tambahnya,
Tak tipu, tapi kami berdua rasa geli dan menyampah bila kena pegang tangan. Malah, terdapat juga satu adegan di mana kami berbual di atas bumbung dan sejujurnya saya tak suka dengan perhatian yang saya dapat pada masa itu.
Sambungnya lagi,
Ianya sukar untuk pandang Ahn Hyo-seop sebagai seorang kekasih lagi-lagi kerana dia merupakan salah seorang teman rapat saya. Tapi, ianya sangat bermakna buat saya untuk membuat kemunculan dalam drama yang sedang dia lakonkan.
Ni petanda nak kena tonton balik “A Time Called You” ke ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.