Hubungan rapat diantara Rosé dan Rowoon telah mengejutkan peminat.
Pada 11 April, Rosé dan Rowoon telah menghadiri satu acara Tiffany & Co. di Jepun. Di mana, kedua-dua mereka telah menarik perhatian ramai disebabkan oleh visual luar biasa mereka.
Malah, semasa video kedua-dua bintang itu dikongsi, tiada siapa yang menjangkakan interaksi antara kedua-dua mereka sehingga ianya berlaku.
Dalam satu video yang dikongsi oleh saluran media terkenal, ahli BLACKPINK itu telah dilihat berinteraksi dengan Rowoon.
Pelakon lelaki itu telah dilihat melambai ke arah Rosé sebelum ahli BLACKPINK itu membalas lambaian itu dengan ‘fist bump’ yang diikuti dengan Rowoon yang menunjuk ibu jarinya.
Rosé doing fist bump with Rowoon!! We also need a hd picture of this two!!
ROSÉ in TIFFANY WONDER#ROSÉatTiffanyExhibition
— hiro (@rubyjaneroses) April 11, 2024
Selepas video itu dikongsi, rata-rata peminat telah meluahkan rasa terkejut mereka apabila melihat hubungan akrab diantara kedua-dua selebriti terkenal tersebut yang tidak dijangka.
Selain itu, ramai juga berharap agar kedua-dua mereka ada mengambil gambar bersama.
Comel je kan dua-dua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.