Majlis sambutan ulang tahun ke-27 Lisa BLACKPINK telah menjadi perhatian ramai peminat serta netizen di media sosial.
Terutamanya, selepas mereka mendapati bahawa majlis yang bertemakan “Hollywood Superstar” itu telah memakan kos sebanyak RM350,331.
Malah, ahli BLACKPINK itu juga telah dilihat memakai barangan kemas Bulgari yang bernilai lebih RM292,362 dengan gaun Oscar de la Renta yang bernilai RM57,175.
Dalam masa yang sama, pada 30 Mac, ahli BLACKPINK itu telah memuat naik beberapa kepingan gambar yang diambil di sekitar majlis hari jadinya dengan kapsyen,
Terima kasih kepada semua yang telah membuat hari ulang tahun ke-27 saya lebih bermakna.
View this post on Instagram
Gambar-gambar yang dikongsi juga turut menunjukkan beberapa wajah selebriti terkenal seperti Minnie (G)I-DLE dan Sorn yang hadir ke majlis tersebut.
Mewah betul kan hari jadi Lisa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.