Ikuti Kami:

Tak Menolak, Kim Jongkook Benar-Benar Bakal Umum Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

Tak Menolak, Kim Jongkook Benar-Benar Bakal Umum Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

Ramai rasanya yang berharap supaya Kim Jong-kook yang kian menghampiri usia 50-an supaya berkahwin kan?

Baru-baru ini, media Korea menebak mengenai kemungkinan perkahwinan personaliti TV iaitu Kim Jong-min dan Kim Jong-kook. Bahkan kedua-dua mereka kerap kali diusik ahli “2 Days 1 Night” dan “Running Man” mengenai calon wanita yang sesuai. Bahkan para peminat juga turut menggesa mereka supaya berkahwin kini.

Terbaru, Ji Suk-jin telah mengapi-apikan lagi khabar angin perkahwinan Kim Jong-kook. Malah Haha turut bertanya mengenai kekasih lelaki itu dan Kim Jong-kook ternyata tidak menolak dan berkata,

Kenapa tanya mengenai kekasih saya ni?

kim jongkook

Selepas dituduh sudah mempunyai teman wanita dan dalam proses mencari rumah kelamin kini, Kim Jong-kook turut meninggalkan mesej buat kekasihnya apabila disuruh ahli lain,

Sila tunggu sebentar sahaja lagi.

Melihatkan tindak-tanduk Kim Jong-kook yang tidak menolak mengenai dakwaan itu, media Korea menebak bahawa lelaki itu mungkin akan menyampaikan berita perkahwinan tak lama lagi dek penerimaan positifnya apabila diajukan soalan mengenai itu.

Adakah ianya bakal jadi kenyataan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...