Ikuti Kami:

Rimas Asyik Diminta Kembali Ke ‘Running Man’, Gary Sekat Komen Di Instagram?

Rimas Asyik Diminta Kembali Ke ‘Running Man’, Gary Sekat Komen Di Instagram?

Meskipun sudah 8 tahun meninggalkan “Running Man”, sepertinya masih ramai yang berharap agar Kang Gary kembali ke rancangan itu.

Malah ahli program itu baru-baru ini ada menyebut nama lelaki itu semasa sambutan episod ke-700 “Running Man”. Khabarnya, mereka berharap agar ahli lama itu termasuk Lee Kwang-soo, Jeon So-min dan Song Joong-ki agar hadir sebagai tetamu atau ahli sewaan.

Mungkin terbeban dengan permintaan mereka atau gesaan peminat yang kerap meninggalkan komen supaya dia kembali ke “Running Man”, Gary sepertinya telah menyekat ruangan komen di Instagram miliknya.

Bahkan kebanyakan komen kerap mempunyai permintaan yang sama seperti, “Memang impian saya untuk awak kembali ke ‘Running Man’. Sekali pun jadi lah”, “Pulang lah ke ‘Running Man’ rumah awak!”, “Mereka tengah cari ahli baru tu, balik lah” dan pelbagai lagi.

running man kang gary

Pun begitu, rata-rata sepatutnya mengetahui batasan mereka sebagai peminat dan berhenti ‘demand’ perkara yang tidak berada di bawah kawalan mereka.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...