Ikuti Kami:

“Tak Membantu..” – Bae Doona Beri Nasihat Buat Pelakon Junior, Akui Lebih Baik Bercinta Secara Rahsia

“Tak Membantu..” – Bae Doona Beri Nasihat Buat Pelakon Junior, Akui Lebih Baik Bercinta Secara Rahsia

Sudah lebih 20 tahun dalam industri, Bae Doo-na pastinya sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang ini.

Terbaru, Bae Doo-na dan Lee Su-hyun telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube “Zzan Bro”, yang diacarakan oleh Shin Dong-yeop.

Selain bercakap tentang drama barunya, Bae Doo-na juga sempat berkongsi pandangannya mengenai hubungan cinta yang diketahui umum. Luahnya,

Ia adalah sesuatu yang boleh dipilih oleh seorang pelakon untuk mendedahkannya secara sukarela atau tidak. Tetapi sebagai pelakon, kita perlu menerima pelbagai watak. Jadi, jika kehidupan peribadi menjadi topik yang lebih diminati atau dikaitkan dengan anda secara terbuka, ianya tidak membantu secara profesional.

Sambung wanita itu,

Jika nama saya muncul dalam artikel bukan sebagai ‘pelakon Bae Doo-na’ tetapi sebaliknya nama pasangan saya turut diselitkan, saya akan berasa kecewa. Saya fikir adalah lebih baik untuk bercinta tanpa orang tahu.

Ada betulnya juga kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...