“Lebih Pada aespa & NCT” – Hyoyeon Dedah Girls’ Generation Dah Tiada ‘Tempat’ di SM Entertainment
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Sudah lama aktif sejak debut, SM Entertainment nampaknya kurang memberi fokus kepada Girls’ Generation sekarang.
Baru-baru ini, Chang-bin STRAY KIDS telah muncul sebagai tetamu dalam saluran Hyo-yeon di YouTube dan berborak tentang pelbagai perkara.
Dalam siaran itu, Chang-bin berkongsi bahawa JYP Entertainment sedang merancang untuk berpindah ke lokasi baru. Sebagai respon, Hyo-yeon turut berkongsi,
Ketika kumpulan kami melakukan yang baik, syarikat kami juga berpindah ke tempat yang lebih baik.

Sambungnya lagi dengan bercakap tentang kedudukan Girls’ Generation di SM Entertainment kini,
Ketika bangunan kami berada di Cheongdam, saya boleh katakan saham untuk kami benar-benar sehingga 99%. Sekarang kami dah pindah ke Seongsu-dong dan tempat itu bukan lagi milik kami tetapi ia lebih milik aespa dan NCT. Kami tidak mempunyai bahagian di sana.
Kesian Girls’ Generation..
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




