Ikuti Kami:

“Tak Masuk Akal!” – Keluar Jenama Kosmetik Sendiri, Peminat Terkejut Lihat Harga Alat Solek Jeon Somi

“Tak Masuk Akal!” – Keluar Jenama Kosmetik Sendiri, Peminat Terkejut Lihat Harga Alat Solek Jeon Somi

Peminat telah mendapati bahawa harga kosmetik yang dikeluarkan oleh Jeon So-mi agak keterlaluan.

Pada 28 Mac, Jeon So-mi telah mengumumkan pelancaran jenama kosmetiknya sendiri, iaitu GLYF. Di mana, produk pertama yang dikeluarkannya ialah pengilat wajah.

Namun, selepas video promosinya dimuat naik, ianya telah menjadi perbualan netizen yang rata-ratanya terkejut dengan harga yang telah ditetapkan.

Menurut hantaran tersebut, harga bagi sebekas pengilat wajah ialah sebanyak $31.90 USD (RM151.46). Meskipun ianya merupakan perkara biasa jika harga produk keluaran selebriti lebih mahal berbanding produk yang lain, ramai yang tidak dapat mempercayai harga yang dikenakan oleh Jeon So-mi.

jeon-somi-glyf

Terutamanya kerana, reka bentuk alat kosmetik yang dikeluarkan oleh penyanyi itu kelihatan sama seperti produk bajet yang dijual di kedai-kedai kecil.

Antara komen peminat serta netizen ialah,

Lebih baik saya beli produk dari jenama terkenal.

Tak masuk akal betul harga dia.

Harga mahal tapi nampak seperti produk murah.

Bukan kosmetik Korea selalu murah ke?

Mungkin kita bukan “target market” dorang kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...