Bukan mudah untuk netizen melupakan kontroversi yang melibatkan Jeon So-mi mengenai isu boikot.
Beberapa bulan yang lalu, Jeon So-mi secara selamba telah memuat naik satu video di laman TikTok, sambil memegang cawan kopi yang jelas memaparkan salah satu jenama yang sedang diboikot kini.
Khususnya, jenama kopi itu sedang diboikot secara global kini, kerana sokongan mereka buat serangan Israel terhadap Gaza.
malaysia she’s a zionist, please throw tomato at her https://t.co/dm4XWGLdZc
— ⭒۟˖ jaja ⋆˚ (@gonuuk) March 3, 2024
Bagaimanapun, kehadirannya tidak begitu diterima ramai kerana wanita itu dipercayai adalah seorang Zionis, bercanggah dengan kepercayaan rakyat Malaysia yang setia menyokong Palestin.
Antara komen yang ditulis netizen,
Dia Zionis. Sila baling tomato kat dia.
Kalau awak semua boleh buli Eric Nam, awak boleh buli dia juga.
Awak dengan jelas sokong jenama Zionis. Siapa kisah kalau awak datang ke Malaysia.
Awak tak dijemput ke sini!
If yall can bully Eric Nam, you can bully her too. https://t.co/efnWMyHcHn
— Bella✨ (@bella_tannn) March 2, 2024
Sehingga hari ini, ramai masih menuntut permohonan maaf dari Jeon So-mi sebelum kembali menyokong kerjayanya.
Hmm, apa kata korang?