“Dia Mabuk Ke” – Dikecam Dek Promosi Jenama Diboikot, Netizen Persoal Respon ‘Acuh Tak Acuh’ Jeon Somi
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Setiap orang pastinya tidak akan lari melakukan kesilapan.
Begitu juga dengan Jeon So-mi yang baru-baru ini telah teruk dikecam netizen kerana videonya yang jelas memaparkan tumbler dari Starbucks, menimbulkan syak wasangka bahawa dia sedang melakukan promosi berbayar untuk jenama itu.
Untuk pengetahuan, Starbucks adalah salah satu jenama yang sedang diboikot secara global, kerana sokongan mereka buat serangan Israel terhadap Gaza kini.
Namun baru-baru ini, penyanyi lagu “Fast Forward” itu telah memadam video berkenaan dari laman TikToknya, berikutan kecaman serta pelbagai komen benci yang diterimanya.
List of Kpop idols supporting Starbucks who are zionists [THREAD]
1. JEON SOMI pic.twitter.com/iIifYmH4Xl
— ngel (@angelcanmiss) December 23, 2023
Ketika sedang berborak bersama peminat menerusi laman Bubble, Jeon So-mi sepertinya ada memberi respon mengenai kritikan yang dibuat ke atasnya dan turut meluahkan perasaannya,
Semoga semua orang sentiasa menyebarkan kasih sayang dan dorongan. Saya dah memadamkan video TikTok itu.
Ketika ditanya mengenai matlamatnya untuk tahun baru, dia berkata,
Tiada kebodohan. Berikan kasih sayang kepada semua orang. Saya sangat menyayangi awak jadi tolong sayang saya kembali. Tak kira apa yang awak cakap, saya sayang awak. Saya rapuh.
Hmm apa pendapat korang?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




