Tak Mampu Sambung Kepopularitian ‘A Business Proposal’, Rating ‘Woori The Virgin’ Terus Menurun
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Ada tak antara anda yang sedang melayan “Woori The Virgin” kini?
Artikel Berkaitan
Menurut Nielsen korea, episod ke-5 drama itu hanya mampu meraih rating 3.1% iaitu catatan terendah dalam sejarah tayangannya. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan sedikit peningkatan ke 3.3% untuk episod terbarunya. Pun begitu, ia tidak mampu”Woo mengejar catatan terbaik yang dicatatkan pada episod ke-2 iaitu 4.5%.
Untuk pengetahuan, “Woori The Virgin” sepatutnya hanya dijadualkan tayang di laman penstriman namun SBS mengubah jadual mereka dan menyelitkan drama ini sebagai pengganti “A Business Proposal”. Malah naskhah ini turut terpalit kontroversi dek perselisihan jadual dengan “Doctor Lawyer” dek pelakon utama yang sama iaitu Im Soo-hyang.

“Woori the Virgin” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Oh Woo-ri (Im Soo-hyang) yang menjaga kesuciannya sebelum berkahwin tetapi akhirnya hamil selepas kemalangan berlaku semasa pemeriksaan perubatan. “Woori the Virgin” ialah pembuatan semula Korea dari siri Amerika “Jane the Virgin”.
Hmmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




