Ikuti Kami:

MBC & SBS Berbalah Kerana Im Soohyang, Tapi Kenapa?

MBC & SBS Berbalah Kerana Im Soohyang, Tapi Kenapa?

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba stesen penyiaran MBC dan SBS dilaporkan mempunyai perselisihan faham kini yang melibatkan pelakon Im Soo-hyang. Kenapa agaknya?

Untuk pengetahuan, Im Soo-hyang mempunyai dua drama yang bakal ditayangkan pada Mei ini iaitu “Doctor Lawyer” dan “From Today We”. Walaupun disebabkan oleh situasi tidak disangka, kedua tempoh tayangan drama itu mungkin akan berselisih meskipun ia ditayangkan di stesen dan waktu yang berbeza.

Meskipun “From Today We” sepatutnya menemui penonton di platform penstriman atas talian, namun SBS membuat keputusan untuk menayangkan drama itu dalam slot Isnin-Selasa selepas rancangan asal untuk menyiarkan “Why Her” terpaksa ditukar dek penggambaran itu yang tertangguh kini.

im soohyang

Dalam pada itu, rancangan untuk menayangkan “The Police Station Next To Fire Station” sebagai ganti “Through The Darkness” turut tersangkut kerana penggambaran yang tertunda dek kematian produser drama berkenaan lantas drama lakonan Lee Jun-ki iaitu “Again My Life” bakal ditayang sebagai ganti.

Di pihak MBC pula, “Doctor Lawyer” telah pun mengumumkan tayangannya pada Mei nanti dalam slot Jumaat-Sabtu. Malah ia merupakan antara drama yang paling dinantikan oleh stesen penyiaran berkenaan untuk separuh pertama tahun ini.

Kata MBC,

Pertukaran tiba-tiba ini menyebabkan kerosakan. Dalam era multimedia dan tempoh penggambaran berselisih dek pelakon yang mempunyai banyak projek, bukan kan sepatutnya tiada perselisihan. Tambahan pula, berkaitan pelakon utama, betul tak? Meskipun mengambi kira situasi SBS, bukankan ini tidak sepatutnya berlaki. Macam mana kami nak promosi atau memasarkan apa-apa berkaitan pelakon utama?

im soohyang

Tambahnya lagi, para pengamal penyiaran sepatutnya tahu bahawa sepatutnya tiada pertindihan antara drama dengan pelakon utama yang sama. Bahkan MBC turut meluahkan rasa terkilan kerana tiada sebarang penjelasan daripada pihak SBS berkenaan keputusan tiba-tiba ini.

SBS bagaimanapun mempunyai posisi berbeza,

Ianya tidak dapat dielakkan kerana keadaan syarikat produksi. Asalnya, ‘From Today We’ sepatutnya disiarkan pada April, jadi kami tidak tahu menahu mengenai kemunculan yang bertindih langsung. Kami merasakan ianya bukanlah hal yang besar kerana hari, waktu dan kandungan tayangan adalah berbeza sama sekali.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...