Ikuti Kami:

“Tak Makan Setahun..” – Kim Jiwon Dedah Pengorbanan Bawa Watak Chaebol Dalam ‘Queen Of Tears’

“Tak Makan Setahun..” – Kim Jiwon Dedah Pengorbanan Bawa Watak Chaebol Dalam ‘Queen Of Tears’

Kim Ji-won telah mendedahkan pengorbanan yang dilakukannya untuk melakonkan watak sebagai Hong Hae-in dalam “Queen Of Tears”.

Baru-baru ini, Kim Ji-won telah membuat penampilan sebagai tetamu dalam rancangan “Salon Drip 2”. Di mana, dia telah berkongsi rahsia di sebalik penampilannya dalam “Queen Of Tears”.

Katanya,

Ada juga faktor kesihatan, tapi sebab watak yang saya bawa ini memerlukan saya untuk memakai pelbagai jenis pakaian dan menunjukkan penampilan luar biasa sebagai chaebol, saya jaga diet saya dengan ketat selama setahun.

Tambahnya,

Saya ikuti pelan diet, saya juga elak daripada makan makanan berat. Malah, dah setahun saya tak makan makanan kegemaran saya iaitu makanan Cina.

queen-of-tears-salon-drip2

Sambungnya lagi,

Saya dah berjanji yang saya nak nikmati semua makanan yang saya suka lepas penggambaran tamat. Tetapi, saya masih lagi perlu menggunakan wajah saya untuk pelbagai jenis aktiviti promosi. Sebab itu saya dengan sabarnya tengah tunggu untuk semuanya tamat.

Besar pengorbanan Kim Ji-won, patutlah Kim Ji-won lawa semacam dalam “Queen Of Tears” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...