Ikuti Kami:

Tak Mahu Siakan Bakat, Ini Antara 5 Pelakon Korea Bekerja Lebih 25 Tahun Dalam Industri

Tak Mahu Siakan Bakat, Ini Antara 5 Pelakon Korea Bekerja Lebih 25 Tahun Dalam Industri

Tidak mudah bagi seseorang pelakon untuk sentiasa kekal berada di atas. Hal ini kerana, akan ada banyak pesaing baharu pada masa akan datang.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon lelaki Korea yang sudah berkerja sebagai pelakon lebih dari 25 tahun.

Lee Byunghun 

khasiat sweet potato

Lee Byung-hun memasuki dunia lakonan pada tahun 1991 dan telah memenangi hati ramai penonton K-Drama sejak daripada itu. Antara K-Drama yang dilakonkannya adalah seperi “Mr Sunshine”, “Squid Game” dan banyak lagi. Pada tahun 2013, Lee Byung-hun telah dipilih sebagai duta kehormat untuk mesyuarat tahunan Persatuan Pesuruhjaya Filem Antarabangsa.

Kim Younggun

pelakon korea bekerja lebih 25 tahun

Pelakon veteran ini membuat debut pertamanya dalam industri dengan filem “Myeongdong Wanderer”. Dia membintangi filem seperti “Take Off”, “Familyhood”, “200 Pounds Beauty” dan “Princess Aurora”. Selain itu, dia juga muncul dalam banyak K-Drama sebahagian daripadanya ialah “The Marriage Contract”, “Cinderella and the Four Knights”, dan “Ladies of Dignity”.

Cha Inpyo

pelakon korea bekerja lebih 25 tahun

Cha In-pyo memulakan kerjaya pada tahun 1993 dalam siri televisyen “Under the Same Roof”. Sejak itu, pelakon lelaki ini banyak muncul dalam drama seperti “Boss”, “Fireworks”, “Star in My Heart” dan banyak lagi. Sejak penampilannya menjadi seorang selebriti, dia telah banyak membawa pulang pelbagai anugerah antaranya ialah Pelakon Terbaik untuk Baeksang Arts Awards.

Chun Hojin 

pelakon korea bekerja lebih 25 tahun

Pada tahun 1986, Chun Ho-jin memulakan kerjaya dalam industri filem Korea iaitu, “Street of Desire”. Bakat lakonannya diserlahkan lagi dalam beberapa filem lain termasuk “A Dirty Carnival”, “The Guard Post”, “The Chase” dan banyak lagi.

Korang juga mungkin pernah melihatnya memegang watak antagonis yang bikin darah korang membara. Selain terlibat dengan filem, Chun Ho-jin juga telah menjadi sebahagian daripada banyak K-Drama seperti “Doctor Stranger”, “Once Again” dan “My Strange Hero”.

Sung Dongil

pelakon korea bekerja lebih 25 tahun

Debutnya ialah pada tahun 1992 dalam “Gwanchon Essay”. Sung Dong-il seterusnya berlakon dalam pelbagai K-Drama popular seperti “The Cursed”, “Miss Hammurabi”, “Reply 1988” dan “Reply 1994”. Antara lakonan Sung Dong-il yang paling memberi kesan kepada penonton ialah dalam filem “Pawn”. Pembawaan wataknya telah berjaya menyentuh hati ramai penonton dan ada yang menangis teresak-esak.

Kim Wonhae

pelakon korea bekerja lebih 25 tahun

Seorang lagi pelakon veteran Korea Selatan, Kim Won-hae, memulakan kerjaya dalam filem “Spring in My Hometown 1998”. Dia juga telah memberi persembahan yang luar biasa dalam filem seperti “Asura: City of Madness”. Selain itu, wataknya dalam beberapa K-Drama seperti “Strong Girl Do Bong Soon”, “While You Were Sleeping”, “Clean with Passion” telah membuatkan ramai penonton berasa emosi.

Tidak hairanlah mereka boleh bertahan lama dalam industri, sangat berbakat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...