Ikuti Kami:

Layak Dipuji, 10 Selebriti Korea Ini Tunjuk Sokongan Pada Palestin

Layak Dipuji, 10 Selebriti Korea Ini Tunjuk Sokongan Pada Palestin

Nampaknya, konflik antara Israel-Palestin masih belum berakhir sehingga ke hari ini..

Selain menerima liputan dari pelbagai media seluruh dunia, beberapa selebriti juga turut menggunakan pengaruh mereka untuk bersuara dan berpihak kepada yang benar.

Begitu juga dengan beberapa artis Korea ini yang dipercayai memberikan sokongan buat Palestin.

BM KARD

Pada 19 Oktober ketika hari lahirnya, BM telah memuat naik satu hantaran di laman Twitter (X) yang berbunyi,

Walaupun saya dapat menyambut hari lahir saya, terdapat terlalu ramai orang yang tidak bersalah di Gaza yang ‘hilang’ keistimewaan itu. Tolong doakan semua nyawa yang terkorban dan nyawa yang terdesak akan jumpa pengakhiran untuk semua ini.

Kevin THE BOYZ

Baru-baru ini, Kevin telah menjawab tuduhan palsu yang dibuat netizen, menyatakan bahawa dia menyokong Israel. Respon idola itu dengan tegas,

Kenapa pula saya nak sokong Israel? Mengapa nak sebarkan tuduhan palsu sedangkan awak boleh berkongsi sumber pendidikan dan pautan sokongan kewangan. Ada isu sebenar di luar sana.

Jay Park

Sejak 2021 lagi, Jay Park sememangnya telah memberikan sokongan tegar kepada Palestin. Sebelum menutup akaun Instagramnya, penyanyi itu telah memuat naik satu gambar yang bertulis,

Anda tidak perlu menjadi Muslim untuk membela Gaza, anda hanya perlu menjadi manusia.

RM, V, Jimin BTS

Merupakan idola K-Pop popular seluruh dunia, RM, V dan Ji-min BTS sebelum ini telah dilihat pergi ke pameran seni “Barakat”, yang dimiliki oleh rakyat Palestin iaitu Fayez Barakat.

Selain itu, mereka juga memiliki dua karya seni milik Banksy seperti ‘The Flower Thrower’, menggambarkan seorang Palestin yang bertopeng membaling bunga.

Jennie BLACKPINK

Sama seperti ahli BTS, Jennie juga pernah bergambar dengan buku yang dihasilkan Banksy dengan gambar ‘The Flower Thrower’ di muka hadapan, iaitu “Wall and Piece”.

iKON

Seterusnya adalah kumpulan iKON. Peminat perasan bahawa dalam album debut mereka yang dilancarkan pada 2015, terdapat satu stiker yang ditulis ‘Save the Palestine’, turut diselitkan dalam album berkenaan.

Jonghyun SHINee

jonghyun shinee palestine

Peminat pasti tahu bahawa mendiang Jong-hyun sentiasa lantang bersuara tentang isu sosial. Pada 2014, lelaki itu pernah menyiarkan gambar yang diambil dari angkasa Semenanjung Gaza ketika berlakunya konflik antara Israel-Palestin. Tulisnya,

Satu-satunya perkataan yang boleh menyatakan emosi yang muncul dalam jiwa saya yang tidak selesa ialah ‘mengerikan’.

Jae 

jae day6 palestine

eaJ atau sebelum ini dikenali sebagai Jae, iaitu bekas ahli DAY6, juga pernah berkongsi pada 2021 di Twitter (X), pautan untuk memberi bantuan buat rakyat Palestin. Dia menulis,

Saya tidak cukup tahu tentang keadaan untuk memberikan pendapat tetapi ada keperluan yang jelas untuk membantu. Mari kita bantu sesiapa sahaja, pada bila-bila masa kita boleh.

Ini yang patut kita sokong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...