Baru-baru ini, ramai peminat di Malaysia yang terkejut selepas mengetahui satu fakta tentang Choi Si-won dari kumpulan Super Junior.
Umum pasti mengetahui bahawa Malaysia kini sedang bersedih atas konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku kini dan sepenuhnya memberikan sokongan buat rakyat Palestin.
Lain pula dengan Choi Si-won yang nampaknya merupakan penyokong tegar Israel apabila hantaran yang dimuat naiknya pada April 2022 kembali tular.
Khususnya dalam gambar yang dikongsi, lelaki itu telah dijemput ke acara sambutan perayaan 60 tahun hubungan diplomatik Israel-Korea pada 2022. Tulisnya,
Hari yang istimewa. Jemputan yang bermakna.
A special day. A meaningful invitation. pic.twitter.com/gkE7xXk90Z
— 최시원 • Siwon Choi (@siwonchoi) April 20, 2022
Selepas mengetahui bahawa penyanyi berumur 37 tahun itu merupakan Pro-Zionis, peminat di Malaysia telah meluahkan rasa kecewa dan mula memboikot Choi Si-won untuk tidak datang ke negara ini lagi serta enggan memberikan sokongan pada sebarang aktivitinya.
Antara komen yang ditulis di laman Twitter,
Choi Si-won ni memang dari tahun lalu dah tahu dia ni Pro-Zionis. Terkejut jugaklah masa tu. Dia kan orang Kristian yang taat, ingat bijak la sikit tapi hampeh.
Memang terus unfollow dia ya. Si-won memang kaw-kaw sokong Israel tau.
Bukankah dia duta Unicef? Itu kan organisasi bantuan kemanusiaan tetapi dia seorang Pro-Zionis? Aduhhh.
Kenapa ramai yang terkejut Si-won sokong Israel? Dia memang penyokong tegar dari hari pertama lagi.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.