Ikuti Kami:

“Semak Je..” – Patut Datang Februari 2024, Kenapa Ramai Boikot Eric Nam Adakan Konsert Di Malaysia?

“Semak Je..” – Patut Datang Februari 2024, Kenapa Ramai Boikot Eric Nam Adakan Konsert Di Malaysia?

Kenapa peminat tidak gembira dengan pengumuman Eric Nam untuk mengadakan konsert di Malaysia?

Terbaru, Eric Nam telah mengumumkan konsert jelajah “House On A Hill” di negara Asia, termasuklah di Kuala Lumpur pada 20 Februari 2024 nanti.

Bagaimanapun, ramai yang kesal dengan pengumuman itu dan meminta agar penganjur segera membatalkan konsert tersebut.

Hal ini kerana, sebelum ini, Eric Nam dilihat telah menekan butang ‘like’ pada hantaran yang memberi sokongan buat Israel, ketika konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku kini.

Khususnya dalam hantaran tersebut, pemilik akaun iaitu Jordan C. Brown-Underwood menulis bahawa seseorang itu boleh menentang penganiayaan Israel terhadap rakyat Palestin, namun pada yang sama memberi sokongan untuk perlindungan warga Israel.

Komen netizen,

Siapa penganjur konsert ini? Kita harus minta penganjur dan kerajaan untuk membatalkan konsert itu.

 

Cancel cancel! Semak je datang Malaysia.

 

Dia ni salah seorang artis Korea yang berpendidikan tapi ini sangat mengecewakan..

 

Kami tak perlukan dia untuk datang ke sini!

Dengan ini, ramai yang telah meluahkan rasa kecewa pada Eric Nam, sekaligus menegaskan bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang muzik atau kandungan dari lelaki itu lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...