Utama Tempatan Hormat Kaum Muslim, BamBam GOT7 Pakai Sarung Tangan Untuk Bersalaman Dengan Peminat

Hormat Kaum Muslim, BamBam GOT7 Pakai Sarung Tangan Untuk Bersalaman Dengan Peminat

bambam in kuala lumpur

Selain merupakan seorang idola berbakat, BamBam GOT7 turut disayangi peminat kerana peribadinya yang disenangi ramai.

Terbaru pada 15 Oktober, BamBam telah hadir ke Malaysia untuk konsert jelajahnya ‘BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52]’ yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Di konsert itu, penyanyi tersebut telah menghiburkan peminat dengan pelbagai lagu solonya beserta lagu bahasa Melayu “Pulang” nyanyian asal oleh kumpulan Insomniacks.

Apa yang menarik perhatian, ketika di acara sidang media dan ‘goodbye session’ selepas konsert tamat, BamBam dilihat memakai sarung tangan agar semua peminat termasuk peminat Muslim dapat berjabat tangan dengannya.

Hal ini telah menarik perhatian ramai kerana sikap lelaki itu yang menghormati perbezaan agama dan budaya peminatnya.

BamBam memang green flag!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...