Ikuti Kami:

“Mereka Tak Sombong” – Peminat Muslim Kagum Lihat Super Junior Beri Penjelasan Tentang Islam & Mekah

“Mereka Tak Sombong” – Peminat Muslim Kagum Lihat Super Junior Beri Penjelasan Tentang Islam & Mekah

Menerima sokongan dari seluruh dunia, Super Junior pastinya ingin cuba untuk belajar mengenai budaya dan agama peminat mereka.

Terbaru, Super Junior telah tampil dalam program JTBC “Knights of the Lamp” iaitu sebuah rancangan baru dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi.

Dalam satu klip yang dikongsi, kumpulan itu nampaknya telah membuat kajian dengan baik apabila mereka menerangkan tentang tanah suci Mekah dan kaitannya dengan orang beragama Islam.

Pada awalnya, Ryeo-wook bertanya apakah maksud ayat yang ditulis di bendera negara Arab Saudi. Jawab Shin-dong,

‘Allah adalah satu-satunya tuhan yang kita percayai’. Itulah maksudnya.

Kemudian ketika ditanya apakah ‘Mekah’, Eunhyuk menjelaskan,

Mekah adalah tanah suci Islam. Ia adalah tahap arah tertentu di mana Muslim di seluruh dunia menyesuaikan diri dan berdoa ke arah Mekah.

Selepas klip pendek itu tersebar, peminat Muslim di serata dunia berasa kagum melihat usaha kumpulan tersebut untuk mempelajari tentang budaya dan agama lain.

Terbaik la Super Junior!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...