Penonton setia drama Korea confirm kenal dengan pelakon Kim Mi-kyung!
Baru-baru ini, Kim Mi-kyung telah terlibat dengan satu temu bual khas, selepas tamat drama lakonannya iaitu “Welcome to Samdalri”.
Ketika sesi temu bual, pelakon berumur 60 tahun itu bercakap tentang pengalamannya yang sudah banyak kali memainkan watak sebagai ‘ibu’ dalam pelbagai karya. Dia berkata,
Saya rasa saya ada dalam 70 hingga 80 orang anak. Saya ada ramai kawan yang saya masih berhubung dengan mereka sehingga kini.
Kemudian, mengenai gelaran ‘Nation’s Mother’ yang diberikan buatnya, Kim Mi-kyung akui,
Saya sangat malu. Saya juga adalah ibu kepada anak perempuan saya. Saya bersyukur kerana mendapat gelaran itu. Saya rasa saya masih belum berada di tahap untuk mendapat gelaran itu.
Korang paling suka watak Kim Mi-kyung dalam drama apa?