Ikuti Kami:

“Anak Saya Ada Ramai Kakak” – Kim Mikyung Kongsi Ramai Pelakon Masih Panggil Dirinya ‘Ibu’ Hingga Kini

“Anak Saya Ada Ramai Kakak” – Kim Mikyung Kongsi Ramai Pelakon Masih Panggil Dirinya ‘Ibu’ Hingga Kini

Kim Mi-kyung adalah salah seorang pelakon veteran yang pastinya semua peminat setia K-Drama kenal!

Terbaru dalam siaran 15 September program “Stars’ Top Recipe at Fun-Staurant”, Kim Mi-kyung telah tampil sebagai tetamu, di mana pelakon itu ada berkongsi pengalamannya membawa watak sebagai ibu dalam pelbagai projek.

Dalam siaran itu, Kim Mi-kyung memberitahu bahawa dia telah bekerja dengan ramai pelakon terkenal Korea seperti Kim Tae-hee, Jang Na-ra, Park Shin-hye dan ramai lagi. Dia berkata,

Saya benar-benar mempunyai ramai anak perempuan.

Kemudian, dia turut berkongsi tentang pertemuannya dengan Park Shin-hye baru-baru ini,

Saya terserempak dengan Shin-hye awal hari ini. Dia adalah anak saya sejak kami bertemu dalam ‘The Heirs’ jadi sebaik saja dia melihat saya dia memanggil ‘Ibu!’. Bukan mudah untuk meneruskan hubungan selepas drama tamat tapi beberapa pelakon mempunyai hubungan rapat dengan saya untuk masa yang lama.

kim mikyung

Sambungnya lagi,

Ada di antara mereka yang panggil suami saya ‘Ayah!’. Saya ada seorang anak perempuan dan dia juga tiba-tiba mempunyai ramai kakak yang cantik. Anak perempuan saya juga sayang mereka.

Luar drama pun Kim Mi-kyung tetap ibu mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...