Ikuti Kami:

Tak Lapuk Ditelan Zaman, Keunikan Tradisi Doljanchi Meraikan Kelahiran Baru

Tak Lapuk Ditelan Zaman, Keunikan Tradisi Doljanchi Meraikan Kelahiran Baru

Di Malaysia, kita akan menyambut hari ulang tahun pada setiap tahun. Begitu juga di Korea, tetapi mereka mempunyai satu tradisi unik untuk bayi yang baru lahir.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan tentang cara sambutan kelahiran bayi baru lahir di Korea.

Apa itu Doljanchi?

Doljanchi ialah satu acara sambutan istimewa untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir. Dol (돌) bermaksud kelahiran manakala janchi (잔치) pula bermaksud jamuan atau kenduri. Ia disambut pada ulang tahun kelahiran pertama bayi itu.

Doljanchi

Kebiasaanya majlis ini akan diraikan dengan mengadakan pesta yang dipenuhi makanan dan ritual tradisional. Walaupun ramai orang meraikannya kecil-kecilan di rumah, namun ada sesetengah orang yang mahukan ia disambut dengan meriah serta tidak dapat dilupakan sama seperti majlis perkahwinan.

Dolsang 

Dolsang ialah meja utama dan merupakan komponen penting untuk menyambut majlis ini. Terdapat makna yang signifikan untuk setiap barang yang diletakkan di atas meja dan tradisi itu bertujuan untuk mendoakan kehidupan yang terbaik untuk bayi.

Barangan di atas dolsang

Meja bulat

Meja bulat kecil ialah simbolik untuk bayi membesar tanpa kesulitan.

Gegelung benang putih

Timbunan benang putih Doljanchi

Timbunan benang ini melambangkan umur yang panjang dan sihat untuk bayi.

Kurma

Longgokan kurma disertakan sekali lambang kebahagian bayi tersebut untuk keluarga.

Saderi

Seikat daun saderi akan diletakkan di atas dolsang sebagai simbolik daya hidup bayi itu di masa hadapan.

Tteok (kek beras)

Nasi Beras Doljanchi korea

Pelbagai jenis kek beras akan dihidangkan dan ianya mempunyai makna tersendiri. Kek beras putih dipanggil baeksulgi mewakili permulaan suci murni kehidupan. Longgokan 5 kek beras berwarna-warni dipanggil osaek songpyeon. Lima warna mewakili keharmonian dengan persekitaran seseorang dan juga melambangkan keinginan agar bayi itu akan membesar bergaul dengan semua orang dalam persekitaran yang berbeza. Selain itu, ada juga kek beras kacang merah dipercayai boleh mengelakkan kejahatan daripada memasuki kehidupan bayi.

5 kantung sutera berwarna-warni

kantung sutera doljanchi kelahiran korea

Ia melambangkan kehidupan yang bertenaga untuk bayi tersebut.

Doljabi

Semasa parti hari lahir, akan ada satu acara yang dipanggil doljabi di mana ia adalah permainan tilik nasib. Ibu bapa meletakkan beberapa barangan simbolik seperti buku, wang dan benang. Barang pertama yang dipilih oleh bayi meramalkan apa pekerjaanya ketika sudah dewasa.

Doljabi korea tilik nasib bayi

Barang tradisional doljabi:

  • Pensil atau berus : Bayi itu akan menjadi tenaga pengajar
  • Duit : Bayi akan menjadi seorang yang kaya raya apabila dewasa
  • Nasi : Bayi sentiasa rasa mencukupi
  • Benang : Bayi akan hidup lebih lama
  • Busur dan anak panah : Kerjaya bayi apabila dewasa berkait rapat dengan tentera

Barang moden doljabi: 

  • Mikrofon : Bayi akan menjadi seorang penyanyi
  • Stetoskop : Bayi akan menjadi seorang doktor
  • Palu : Bayi akan menjadi seorang peguam atau hakim
  • Tetikus komputer : Bayi akan menjadi seorang jurutera
  • Bola golf/bola besbol : Bayi akan menjadi seorang atlit

Hadiah daripada tetamu

Hadiah perhiasan emas tulen (22-24K) pernah menjadi hadiah paling biasa diberikan kepada bayi pada hari lahir pertama mereka untuk mendoakan kesejahteraan kepada mereka.

Sebaik menerima cincin bayi emas daripada tetamu, ibu bapa meletakkannya di jari bayi. Walaupun tradisi ini kelihatan remeh, ia sebenarnya merupakan hadiah yang sangat praktikal kerana jika perlu, cincin emas boleh dijual dan dijadikan wang tunai untuk membayar pendidikan bayi.

hadiah emas untuk bayi korea

Pakaian bayi 

Untuk upacara meraikan ulang tahun kelahiran, bayi dan ibu bapa kebiasaannya akan memakai pakaian tradisi Korea iaitu hanbok.

hanbok doljanchi

Comel kan cara orang Korea sambut kelahiran baru?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...