Ikuti Kami:

“Tak Kisah..” – Beza 26 Tahun, Lee Siwoo Ulas Babak Ranjang Bersama Kim Seohyung Buat ‘Pale Moon’

“Tak Kisah..” – Beza 26 Tahun, Lee Siwoo Ulas Babak Ranjang Bersama Kim Seohyung Buat ‘Pale Moon’

Meskipun tidak mendapat perhatian ramai, namun “Pale Moon” mempunyai peminat tersendiri dek lakonan hebat yang ditonjolkan pelakonnya.

Dalam sebuah temubual rasmi, Lee Si-woo telah duduk menceritakan mengenai pelbagai hal yang berlaku di sebalik tabir drama ENA berkenaan. Kongsinya jika ada kerisauan semasa penggambaran memandangkan perbezaan 26 tahun dengan Kim Seo-hyung,

Terdapat jarak umur yang besar antara saya dan Kim Seo-hyung namun saya tak kisah dengan babak melodrama antara kami. Watak saya merupakan seorang yang terus kehadapan tanpa teragak-agak, jadi sebagai pelakon saya seharusnya yakin.

lee siwoo

Untuk pengetahuan, Lee Si-woo membawa watak Yoon Min-jae iaitu seorang pelajar jurusan perfileman yang menjadi semakin tamak apabila menerima bantuan kewangan daripada isteri orang, Yoo Yi-hwa (Kim Seo-hyung).

Ujarnya, watak Yoon Min-jae sebenarnya mencintai Yoo Yi-hwa sehingga ke akhir namun sayangnya dia lebih berminat untuk mengejar wang memandangkan dia dibesarkan dalam persekitaran yang daif.

Ulas Lee Si-woo yang pertama kali membintangi drama sebagai antara pelakon utama selepas 6 tahun aktif sebagai pelakon,

Pengalaman bekerjasama bersama Kim Seo-hyung ialah satu pelajaran yang sangat besar. Melihatkan lakonannya, saya tahu bahawa banyak lagi yang perlu dipelajari pada masa hadapan.

ena pale moon

Kalau nak tahu, “Pale Moon” membawa kisah Yoo Yi-hwa (Kim Seo-hyung) yang lelah dengan kehidupan bersama keluarganya dan mula mendapat nafas baru apabila menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar jurusan filem iaitu Yoon Min-jae (Lee Si-woo).

Korang dah layan ke drama ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...