Ikuti Kami:

“Macam Ibu Anak” – Beza 26 Tahun, Babak ‘Panas’ Kim Seohyung & Lee Siwoo Dalam ‘Pale Moon’ Dikecam

“Macam Ibu Anak” – Beza 26 Tahun, Babak ‘Panas’ Kim Seohyung & Lee Siwoo Dalam ‘Pale Moon’ Dikecam

Boleh tahan ‘liar’ ya sesetengah K-Drama yang ditayangkan sejak kebelakangan ini. Fuhhh..

Walaupun tidak dapat mencapai rating yang membanggakan kerana hanya mampu berkegar-legar dalam lingkungan 1% dan ke bawah, namun ramai yang mula menyebut tentang siri Genie TV iaitu “Pale Moon” kini.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah Yoo Yi-hwa (Kim Seo-hyung) yang lelah dengan kehidupan bersama keluarganya dan mula mendapat nafas baru apabila menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar jurusan filem iaitu Yoon Min-jae (Lee Si-woo).

ena pale moon

Hanya tinggal dua episod sahaja lagi, laman komuniti Korea hangat memperkatakan mengenai babak intim di antara teraju utamanya iaitu Kim Seo-hyung (50) dan Lee Si-woo (24). Meskipun mempunyai perbezaan umur sebanyak 26 tahun, tiada siapa menyangka bahawa mereka tidak segan untuk melakonkan hubungan sulit seperti itu.

Komen penonton yang tak bersetuju dengan jarak umur antara kedua pelakon tersebut,

Seperti umur mak dan abang saya… jijik..

 

Saya tak sangka sejauh itu umur mereka, serius terkejut..

 

Saya ingatkan Kim Hee-ae dan Yoo Ah-in dulu dah cukup jarak, tapi 26 tahun??

 

Babak intim dalam episod ke-4 agak melampau. Saya rasa bersalah sebab mereka kelihatan seperti mak dan anak.

 

Ramai je pelakon berusia 30-an yang bawa watak pelajar kolej. Mereka kelihatan seperti anak-beranak..

 

Rasa macam gigolo..

 

Seriuslah Lee Si-woo baru 24 tahun?

ena pale moon

Tak tahu nak kata apa..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...