Ikuti Kami:

Tak Hirau Kecaman, Lisa BLACKPINK Dilihat Tonton Persembahan Crazy Horse Di Paris

Tak Hirau Kecaman, Lisa BLACKPINK Dilihat Tonton Persembahan Crazy Horse Di Paris

Lisa BLACKPINK telah kembali ke Crazy Horse sebagai salah seorang penonton!

Tular di media sosial baru-baru ini selepas Lisa kelihatan hadir di pertunjukan Crazy Horse di Paris.

Di mana, ahli kumpulan BLACKPINK itu kelihatan sedang menikmati pertunjukan tersebut sebagai salah seorang penonton dan bukannya untuk membuat persembahan.

Terlebih dahulu pada September 2023, Lisa telah melakukan persembahan selama lima malam di Crazy Horse, sekali gus menyebabkan dirinya dikriktik dan menjadi perbualan ramai disebabkan oleh keputusan beraninya.

Dikenali sebagai pertunjukan kelab malam utama di Paris, Crazy Horse terkenal dengan persembahannya yang penuh ghairah.

Selepas penyertaan Lisa di dalam persembahan tersebut diumumkan, rata-rata peminat telah meluahkan kebimbangan mereka.

Namun, Lisa telah mengejutkan semua orang selepas dia berkongsi kegembiraanya ketika melakukan persembahan tersebut dengan memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya bagi memperingati pengalamannya di pertunjukan itu.

lisa crazy horse

Walaupun mendapat reaksi yang bercampur baur daripada netizen, peminat telah memuji keberanian ahli BLACKPINK tersebut.

Malah, mereka turut meluahkan perasaan gembira mereka selepas melihat Lisa kembali menikmati persembahan Crazy Horse tanpa menghiraukan komen negatif yang diterimanya.

Lisa pun dah dewasa, jadi dia bebas untuk menikmati apa sahaja yang dia suka kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...