Ikuti Kami:

Cecah 100 Juta Pengikut, Lisa BLACKPINK Tersenarai Dalam Individu Paling Berpengaruh Di Instagram

Cecah 100 Juta Pengikut, Lisa BLACKPINK Tersenarai Dalam Individu Paling Berpengaruh Di Instagram

Lisa telah membuktikan pengaruhnya selepas akaun Instagram miliknya berjaya mencapai sebanyak 100 juta pengikut.

Menurut Rekod Dunia Guinness, Lisa telah mencipta rekod bagi pengikut Instagram Terbanyak untuk artis K-Pop di seluruh dunia.

Di mana, ahli BLACKPINK ini telah berjaya mendapat 100 juta pengikut Instagram hanya dalam 5 tahun 6 bulan sejak penampilan sulungnya di aplikasi tersebut pada 2018.

Rekod ini sekaligus telah mengatasi rekod yang dicipta oleh Virat Kohli dan menjadikan Lisa sebagai yang terpantas di Asia.

lalisa insta

Tambahan pula, Lisa turut mendapat tempat ke-5 dalam carta pengaruh muzik di Instagram dan tempat ke 9 dalam senarai carta orang paling berpengaruh di Instagram setanding dengan barisan figura-figura hebat yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan lain-lain.

Tahniah buat Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...