Ikuti Kami:

Mengejutkan! Pendapatan Lisa BLACKPINK Di Instagram Cecah Puluhan Juta Ringgit?

Mengejutkan! Pendapatan Lisa BLACKPINK Di Instagram Cecah Puluhan Juta Ringgit?

Eh biar betul?

Tahukah anda? Lisa BLACKPINK bukan sekadar ikon muzik tetapi dia juga telah menjadi pengaruh besar di media sosial. Di mana, akaun Instagram rasminya hampir mencecah 100 juta pengikut, menjulangnya ke golongan bintang wanita paling berpengaruh di Instagram, setanding dengan Selena Gomez, Beyoncé, dan Rihanna.

Malah, ahli BLACKPINK itu juga mendominasi di kalangan artis Asia dengan puluhan hantaran yang mendapat jutaan sukaan.

Apa yang membezakan Lisa di platform media sosial ini bukan hanya kaitannya dengan BLACKPINK atau kerjayanya sebagai penyanyi solo, tetapi gaya fesyennya yang luar biasa dan karismanya yang tiada tandingan.

lisa ig

Menurut inBeat (aplikasi penilaian prestasi Instagram), pendapatan anggaran untuk setiap kiriman Lisa di platform ini sangat mengagumkan.

Di mana, satu kiriman yang dibuat boleh membawa jumlah antara RM4.3 juta hingga RM5.8 juta. Manakala, satu ‘Instagram Story’ boleh menghasilkan sebanyak RM2.9 juta, dan satu ‘reel’ memberikan hasil yang mengagumkan iaitu sebanyak RM7.6 juta.

lisa ig stats

Walaupun angka-angka ini hanyalah anggaran, namun ianya tidak dapat menafikan pengaruh Lisa yang mendalam di media sosial. Malah, ianya juga turut membuatkan Lisa menjadi satu-satunya artis K-Pop yang tersenarai dalam “2023 Instagram Rich List” dari Hopper HQ.

Ini menunjukkan bahawa impak Lisa tidak hanya terhad kepada arena muzik, tetapi dia turut membuktikan bahawa pengaruhnya melampaui genre dan medium.

Wow hebatkan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...