Ikuti Kami:

“Penyanyi Solo Pertama..” – Cipta Sejarah Baru, Lisa BLACKPINK Diiktiraf Oleh Rekod Dunia Guinness

“Penyanyi Solo Pertama..” – Cipta Sejarah Baru, Lisa BLACKPINK Diiktiraf Oleh Rekod Dunia Guinness

Wah biar betul?

Memandangkan tahun 2023 akan berakhir, Rekod Dunia Guinness telah mengumpulkan detik-detik ikonik dari tahun lalu dan Lisa BLACKPINK telah mendapat tempat di dalam senarai tersebut.

Senarai ini merangkumi pelbagai perkara, daripada orang tertua di dunia, sehinggalah pencapaian muzik yang luar biasa.

Di mana, K-Pop telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam senarai tersebut dan diakui oleh Rekod Dunia Guinness.

Rekod Dunia Guinness berkata,

2023 merupakan tahun yang besar untuk K-POP. Di mana, Lisa telah berjaya memecah beberapa rekod selepas menjadi penyanyi solo K-Pop pertama yang merangkul beberapa buah Anugerah terkenal serta meraih gelaran sebagai artis K-pop dengan pengikut Instagram terbanyak.

lisa awards

Tambah mereka,

Dengan BLACKPINK menjadi kumpulan wanita yang paling banyak distrim, Lisa juga turut mencipta sejarah selepas lagu ‘LALISA’ menjadi lagu artis solo K-Pop pertama yang mencapai 1 bilion penstriman di Spotify.

Walaupun ahli BLACKPINK ini telah terpalit dalam pelbagai kontroversi, sumbangan besarnya kepada muzik Korea serta persada muzik global tidak akan dapat untuk dilupakan.

Malah, Lisa dan ahli BLACKPINK yang lain juga telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan K-Pop di seluruh dunia.

Tahniah buat Lisa dan peminat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...