Ikuti Kami:

“Tak Hidup Lama Ni..” – Cetus Kerisauan, Ahn Jaehyun Dedah Kesihatan Makin Teruk Kini

“Tak Hidup Lama Ni..” – Cetus Kerisauan, Ahn Jaehyun Dedah Kesihatan Makin Teruk Kini

Nampaknya, ramai yang terkejut dengan pendedahan Ahn Jae-hyun baru-baru ini.

Dalam siaran terbaru program “I Live Alone”, Ahn Jae-hyun mendedahkan bahawa dia sudah lama rasa tidak sihat. Ketika dalam perjalanan menuju ke hospital perubatan Korea, lelaki itu menyatakan,

Kesihatan saya agak teruk sejak kebelakangan ini. Saya sering rasa ngantuk dan letih walaupun selepas bangun dan juga banyak berpeluh.

Selain itu, lelaki itu juga berkongsi bahawa dia sering demam akibat lemah sejak dari umurnya 22 tahun lagi. Katanya,

Kesihatan saya tak pernah berada dalam keadaan baik. Sejak sekolah menengah lagi, kesihatan saya memang teruk.

Selepas selesai diperiksa, doktor memberitahu bahawa semua ujian yang diambil pada dua tahun lalu adalah normal namun kini, semuanya berubah menjadi teruk. Mengenai ni, pelakon itu meluahkan kerisauannya,

Saya terkejut sebab saya tak merasakan apa-apa sakit. Saya tak fikir saya akan hidup lama.

Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa dia boleh merawatnya dengan memilih untuk makan makanan yang boleh memulihkan tenaganya seperti daging itik, abalon atau tembikai, serta harus mengelak dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat.

Jaga kesihatan tau Ahn Jae-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.