Ikuti Kami:

“Awak Pernah Tak..” – Ditanya Tentang Perkahwinan, Respon Gelabah Ahn Jaehyun Jadi Perhatian

“Awak Pernah Tak..” – Ditanya Tentang Perkahwinan, Respon Gelabah Ahn Jaehyun Jadi Perhatian

Baru-baru ini, Ahn Jae-hyun telah memuat naik video pertama di saluran YouTube peribadinya, di mana dia bersama pasukan produksi membincangkan kandungan yang akan dimuat naik.

Kemudian, lelaki itu juga ada membacakan beberapa cerita yang telah dihantar peminat sebagai cadangan, untuk dipaparkan dalam videonya.

Antara cerita yang menarik minat Ahn Jae-hyun adalah,

Kisah yang paling saya ingati ialah tentang kakaknya berkahwin. Saya fikir, mungkin saya patut hadir di majlis perkahwinannya. Apa pendapat anda?

Respon penerbit mengejutkan pelakon itu,

Adakah awak pernah terlibat dengan perkahwinan sebelum ini?

ahn jaehyun

Jawab Ahn Jae-hyun berseloroh,

Adakah awak anti saya, PD-nim?

Gementar kerana takut tersilap cakap, penerbit itu terus menjelaskan,

Eh maksud saya, jika awak mempunyai pengalaman membantu orang untuk majlis perkahwinan.

Sekadar info, Ahn Jae-hyun telah berkahwin dengan Gu Hye-sun pada 2016 namun, jodoh mereka tak panjang dan memutuskan untuk bercerai pada 2020.

Takde jodoh orang kata..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...