Ikuti Kami:

“Tak Guna Pun..” – No 1 Di Laman Penstriman Luar Negara, Ahli ‘Running Man’ Beri Respon Tak Acuh?

“Tak Guna Pun..” – No 1 Di Laman Penstriman Luar Negara, Ahli ‘Running Man’ Beri Respon Tak Acuh?

Sudah 13 tahun ‘berlari’, nampaknya “Running Man” kekal menjadi program hiburan Korea yang paling popular di luar negara.

Dalam episod terbaru, kesemua ahli menyertai misi di mana mereka memulakan ‘Projek Jelajah Running’ dengan bajet yang terhad.

Semasa di awal episod, pihak produksi mendedahkan bahawa “Running Man” telah menduduki tangga pertama di laman penstriman (OTT) di Amerika Syarikat bagi kategori hiburan. Respon Kim Jong-kook,

Nampaknya kita boleh jadi tetamu ‘Jimmy Fallon Show’.

running man us

Balas Yoo Jae-suk,

Kalau pergi, awak sahaja yang boleh bercakap.

Ji Suk-jin juga sempat berkongsi cerita di mana di pernah dikerumuni di pusat beli belah di Vancouver, Kanada suatu ketika dahulu namun hanya mendapat balasan usikan oleh ahli yang lain.

Kemudian, Yoo Jae-suk memberikan jawapan realisitk di mana,

Tak guna pun ‘Running Man’ menang tempat pertama, hidup kita masih kekal sama. Kenapa hidup pelakon ‘Squid Game’ dan ‘Parasite’ berubah tapi kita sama sahaja?

running man us

Jawab Kim Jong-kook,

Betul juga, hidup mereka berubah.

Hidup ini tak adil..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...