Ikuti Kami:

“Awak Hanya Orang Bawahan Di Sana” – Yang Sechan Ditanya Jika Suka ‘Running Man’

“Awak Hanya Orang Bawahan Di Sana” – Yang Sechan Ditanya Jika Suka ‘Running Man’

Seperti yang diketahui, sebelum dikenali secara meluas di luar negara, Yang Se-chan merupakan antara penghibura yang disukai di Korea kerana aksinya dalam program komedi “Looking For Laughter”.

Mungkin kerana personalitinya yang menghiburkan, lelaki itu telah dipilih oleh Choi Bo-pil iaitu bekas pengarah “Running Man” untuk menyertai program “No Math School Trip” bersama beberapa artis popular seperti D.O. EXO, Zico, Crush, Jung-hoon Jannabi dan beberapa orang lain.

Semasa dalam salah satu permainan dalam episod minggu lalu program ini, Yang Se-chan telah diminta untuk menjawab soalan cepumas di mana dia memilih program “Running Man” atau pun “No Math School Trip”.

Saya tak akan menipu dan memilih apa yang dirasai hati ini.

Usik Yong-jin,

Awak hanya nak jadi orang suruhan ke?

Balas lelaki itu,

Bukan saya juga orang bawahan di sini?

Yong-jin memujuk dan berkata,

Awak kepala lah.

yang sechan

Apabila Yang Se-chan memilih “Running Man”, jelasnya,

Saya dah bertahun muncul di dalamnya. Saya sayang ‘Running Man’.

Sayang Yang Se-chan dengan “Running Man”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...