Ikuti Kami:

Dianiaya Agensi Tanpa Pengurus, Peminat Imbau Insiden Song Jihyo Kemalangan Ketika Ke Set ‘Running Man’

Dianiaya Agensi Tanpa Pengurus, Peminat Imbau Insiden Song Jihyo Kemalangan Ketika Ke Set ‘Running Man’

Selepas pendedahan layanan buruk Uzurocks terhadap Song Ji-hyo, para peminat mula mengorek beberapa insiden di mana hal itu memberikan kesan ketika dia di set penggambaran.

Sebulan selepas menandatangani kontrak bersama Uzurocks iaitu pada November, Song Ji-hyo dilihat lewat ke set penggambaran kerana berlaku kemalangan kecil. Apabila memasuki rakaman, wanita itu memohon maaf kerana insiden tak dijangka itu selain mengesahkan bahawa dia baik-baik sahaja. Ulas Yoo Jae-suk perlahan,

Awak patut menaiki kereta dipandu pengurus. Lebih baik bersama pengurus, takut jadi apa-apa.

Beberapa bulan kemudian, pelakon tersebut sekali lagi terlewat ke set penggambaran apabila tersilap ke lokasi penggambaran namun tidak berkongsi lanjut mengenai hal itu selain hanya meminta maaf pada semua ahli dan kru.

Dalam pada itu, peminat juga perasan yang Song Ji-hyo kerap ditemani jurugayanya sahaja dan staf serta CEO jenama Glutanex apabila mereka menjalani promosi di Malaysia dan Thailand. Hujah ini sekaligus menguatkan dakwaan di mana wanita tersebut dikatakan bergerak tanpa pengurus sejak kebelakangan ini.

song jihyo

Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih apabila ahli “Running Man” ini sentiasa tersenyum sahaja apabila di set penggambaran tanpa menampakkan langsung bahawa dia mengalami kesulitan seberat itu.

Terus bertabah Song Ji-hyo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...