Ikuti Kami:

Tak Ganggu Kerjaya, 6 Idola K-Pop Lelaki Ini Masih Aktif Meski Sudah Berkahwin

Tak Ganggu Kerjaya, 6 Idola K-Pop Lelaki Ini Masih Aktif Meski Sudah Berkahwin

Stereotaip tentang idola K-Pop mungkin tidak akan diberi perhatian kerana sudah berkahwin mungkin tidak benar.

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang 6 idola K-Pop yang sudah berkahwin dan masih aktif dalam dunia seni hiburan Korea.

Taeyang BIG BANG

idola kpop dah kahwin dan masih aktif

Taeyang dari kumpulan K-Pop lelaki, BIG BANG ini antara yang menjadi kegilaan ramai peminat. Kisah percintaan tercetus dengan teman wanitanya dan kini isterinya, iaitu juga merupakan selebriti TV Min Hyo-rin. Untuk meluahkan rasa sayang pada isterinya, Taeyang ada mempamerkan wajah Min Hyo-rin di dalam video muziknya, ‘Eyes Nose Lips’. Pasangan itu berkahwin pada 2018 dan mendapat seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 2021.

Chen EXO

idola kpop dah kahwin dan masih aktif

Rasanya tiada peminat K-Pop yang tidak mengenali ahli berbakat dari kumpulan EXO ini. Chen menerima pelbagai reaksi daripada peminatnya apabila tersebar berita bahawa dia akan berkahwin sebelum memasuli khidmat ketenteraan. Dia mengahwini isteri yang merupakan bukan seorang selebriti, dalam satu majlis tertutup pada Januari 2020.

Sebelum perkahwinan mereka, dia mengumumkan bahawa tunangnya ketika itu sedang mengandung anak pertama. Kini, pasangan suami isteri itu adalah ibu bapa dengan dua orang anak iaitu seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Bobby iKON

idola kpop dah kahwin dan masih aktif

Pengumuman perkahwinan Bobby mengejutkan semua orang pada Ogos 2021. iKONIC menerima berita itu dengan baik, dan semua mendoakan yang terbaik untuk penyanyi dari kumpulan iKON itu. Bobby dan isterinya menyambut seorang anak lelaki sebulan selepas perkahwinan mereka pada September 2021.

Chansung 2PM 

idola kpop dah kahwin dan masih aktif

Disember 2021 adalah bulan yang menggembirakan untuk HOTTEST, kerana Chan-sung mengumumkan perkahwinannya. Dia menulis surat yang menyentuh hati kepada peminatnya, mengatakan bahawa dia juga akan meninggalkan JYP Entertainment tetapi akan kekal menjadi ahli 2PM. Chan-sung dan pasangan berkahwin pada awal 2022 dan menyambut seorang anak perempuan pada Julai tahun yang sama.

Changmin TVXQ

idola kpop dah kahwin dan masih aktif

Chang-min mengumumkan bahawa dia sepatutnya berkahwin dengan tunangnya pada awal 2020. Bagaimanapun, disebabkan COVID-19, pasangan itu menangguhkan perkahwinan mereka ke Oktober 2020. Pasangan bahagia itu menyambut anak pertama mereka pada Oktober 2022, dua tahun selepas perkahwinan.

Sungmin Super Junior

idola kpop dah kahwin dan masih aktif

Pada September 2014, idola lelaki itu mendedahkan bahawa dia sedang hangat bercinta dengan pelakon Kim Sa-eun, dan perkahwinan mereka diikuti pada Disember tahun yang sama.

Nampak bahagia je diorang semua ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...