Ikuti Kami:

Fokus Kerjaya, Ini Antara 4 Sebab Utama Kenapa Selebriti Korea Tak Kahwin

Fokus Kerjaya, Ini Antara 4 Sebab Utama Kenapa Selebriti Korea Tak Kahwin

Korang perasan tak jarang sekali kita dapat melihat percintaan umum antara selebriti Korea.

Mesti korang ingin tahu tentang rahsia gelap di sebalik hubungan percintaan selebriti Korea kan? Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 sebab utama kenapa selebriti Korea memilih untuk tidak bercinta mahupun berkahwin.

Jom baca perkongsian KimchiDaily di bawah!

Perjanjian bersama agensi

idola kpop tak boleh kahwin

Dalam sesetengah kes, temu janji secara terbuka boleh dianggap sebagai satu pelanggaran kontrak. Bagi kebanyakan idola K-Pop yang baru debut, mereka tidak dibenarkan bercinta dalam beberapa tahun pertama kerjayanya. Jika diketahui bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa, ia boleh menyebabkan mereka disingkirkan daripada kumpulan.

Ada beberapa syarikat melakukan ini supaya idola mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk mendapatkan lebih ramai peminat dan menjadi lebih berjaya. Hal ini kerana, ada yang berpendapat bahawa hubungan istimewa boleh menjadi gangguan yang pastinya tidak diperlukan oleh idola.

Bagi idola baru terutamanya, mereka boleh mendapat banyak respon buruk daripada peminat jika mereka didedahkan sedang bercinta. Itulah sebabnya untuk tidak menimbulkan sebarang isu, ramai idola tidak menjalinkan hubungan semasa tahun-tahun awal kerjaya mereka.

Fokus kerjaya

idola kpop tak boleh kahwin

Dalam tahun pertama menjadi selebriti adalah yang waktu yang paling sukar bagi selebriti Korea. Mereka perlu bekerja keras untuk mendapatkan nama dan menjadi sebahagian daripada industri.

Tahun-tahun awal ini selalunya mempunyai jadual yang paling sibuk, terutamanya untuk selebriti yang ingin membuktikan diri mereka kepada umum dan mendapatkan peminat. Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai selebriti muda tidak menjalinkan hubungan, apatah lagi berkahwin. Ramai daripada mereka tidak mempunyai banyak masa lapang untuk dating, oleh kerana jadual kerja yang padat.

‘Jaga hati’ peminat 

idola kpop tak boleh kahwin

Sebenarnya, sesetengah selebriti memang ada yang bercinta tetapi, mereka hanya menyembunyikannya daripada orang ramai.

Sesetengah peminat marah apabila mereka mengetahui bahawa selebriti atau idola mereka sedang menjalin hubungan. Bagi peminat ini, mereka berasa dikhianati bahawa pelakon atau penyanyi kegemaran mereka sedang mempunyai hubungan dengan seseorang. Kadangkala respon sebegini menjadi terlalu banyak sehingga bertukar menjadi satu gangguan mental kepada selebriti.

Walaupun tidak semua peminat seperti ini, sesetengah selebriti lebih suka selamatkan diri  dengan merahsiakan tentang hubungan mereka. Tetapi tidak semua selebriti yang memilih untuk merahsiakan dan ada juga yang memutuskan untuk tidak menjalinkan hubungan istimewa sama sekali.

Budaya orang lama 

idola kpop tak boleh kahwin

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pandangan Korea tentang perkahwinan telah berubah. Pada zaman dahulu, semua orang dijangka berkahwin dan mendirikan rumah tangga pada usia yang muda.

Namun, zaman telah berubah dan ramai yang memilih untuk mengutamakan kerjaya serta matlamat hidup sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Ada juga yang melakukan ini supaya mereka lebih stabil dari segi kewangan sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.

Sesetengah orang Korea juga lebih suka kekal bujang. Ramai selebriti mengatakan bahawa perkahwinan bukan untuk mereka dan bahagia hanya sebagai bujang. Walaupun ini boleh mengelirukan sesetengah orang, ramai juga telah menerima norma baharu ini dengan minda yang lebih terbuka.

Kita hormat je keputusan orang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...